Nov 27, 2007

Musim Walimah dan saya :)

Lewat beberapa hari ini, saya mendapat jemputan ke majlis perkahwinan. Ada di Muar, dan selebihnya di sekitar Kuala Lumpur juga.


Saya mafhum, diri makin dewasa. Langsung siapa-siapa yang 'sudah sampai seru' memilih untuk ber'aqad nikah dengan segera. Saya pun tak mampu menipu diri. Kehendak setiap insan yang sudah dewasa terlalu banyak, dan antaranya untuk mendirikan rumahtangga. Aaah..jangan tanya saya bila :)

..insyAllah, akan diberitahu kelak. Siapa mahu lambat-lambatkan. Jika dah bersedia segalanya, ameen..insyAllah.

---------------

Sebenarnya bila isu kahwin ini timbul, saya terfikirkan sesuatu. Saya terfikir tentang hubungan dan tanggungjawab kita pada emak ayah kita. Yelah, nak berkahwin belanjanya besar. Banyak guna duit. Justeru, duit dari sumber mana yang digunakan?

Ada kes, nak berkahwin takda duit. Itu tak mengapa jika ada keluarga yang sudi 'sponsor'. Cuma, saya pun rasa 'tak berapa seronok' bila ada ibu bapa mengeluh..

"anak aku nak kahwin tapi takda duit", dan ada juga kata begini "pada aku pun kau tak bagi duit lagi, macam mana kau nak kahwin??"

Erm, isu kepentingan dan prioriti. Langsung, isunya bukan tentang kahwin lambat atau cepat, tapi tentang tanggungjawab anak-anak pada ibu bapa.

Saya lihat kebaktian pada mak ayah adalah perkara wajib yang anak-anak perlu tahu. Kadang saya rasa sedih bila melihat ayah ibu yang 'suffer' selepas anak-anak dikahwinkan. Tiada menguntungkan, mak ayah yang makin kesusahan.

Anak-anak dah rasa lega (mestilah, sebab dan halal hubungan) tapi, jika mendatangkan mudarat dan derita pada keluarga, apalah gunanya. Ada kisah kenalan mak saya, sudah dikahwinkan anak dengan kadar meriah (kahwin dengan orang senang), selepas itu terpaksa bekerja pula si emaknya kerana ekonomi keluarga meleset.

Kasihan.

Kasihan kerana sewaktu anaknya masih menuntut di menara gading, dia berjanji untuk menyenangkan dulu hidup mereka sekeluarga. Namun, sayang..bila ada cinta, dia mahu segera menikah.

Ya, tak salah menikah, tapi usah tinggalkan 'derita' pada mak ayah yang sakit dan telah tua.

---------------

"Kau jangan kahwin sebelum bekerja dan berbakti pada ibu dan ayahmu"

"Ia, saya pegang itu"

"Tunaikan dulu tanggungjawabmu pada ibu dan ayah. Jika jodohmu ada, takkan ke mana.Yang penting restu Tuhan, restu mak ayah ada bersama. Hilang cinta kekasih tak ke mana. Tapi hilang restu mak ayah, kesedihan mereka mendatangkan murka Tuhan, nak"

"Iya, saya cuba, akan memegang kalimah itu. Saya mahu ibu dan ayah merasa hasil titik peluh saya, sebelum saya bersenang-senang dengan cinta saya, doakan saya, insyAllah"

Tutup.


Kita boleh memilih apa yang perlu dalam hidup kita. Yes, merancang. Semua kita perlu merancang. Justeru, prioriti juga yang patut difikirkan. Sekali lagi, bukan isunya kahwin lambat atau cepat, siapa sponsor atau apa-apa...tapi, saya mahu diri sendiri juga diingatkan dengan nasihat di atas.

Bahagia kita bersama keberkatan mak ayah. Do'a mereka yang utama untuk anak-anak.

[......dan, jika bernikah juga yang paling patut dilakukan tak kira apa yang melintang...laksanakanlah ia dengan penuh syukur dan dengan sekadarnya. Alhamdulillah, Tuhan telah mengundang hambaNya untuk menyempurnakan sebahagian agama]

----------------

Jadi, cukup sudah agaknya saya menyimpulkan entry ini, hasil bual dengan ayah dan suasana keliling. Sebelum itu,

...salam tahniah untuk Suhaili, Kak Fiza & Fawwaz, Abg Muhtar & Kak Lydia, Hanisah & Abg Lan, Kak Syikin & Abg Fitri, Shahiran, Aida di Kota Tinggi dan Hasnah bersama Naufal. Semoga dirahmati, dan diberkati majlis kalian nanti. Dan, moga saya dapat bersama meraikan kalian, insyAllah :)

2 comments:

etomyam said...

Sesungguhnya kahwin itu indah...tapi pada masa yg same memerlukan sepenuh komitmen dan tanggungjawab, kalau ada masa elok baca http://thebolehblog.blogspot.com/2007/11/relook-at-human-brain.html, utk dapat lebih pendedahan selain dari islamic perspective (yg wajib di baca), steady Reach Alumni, Hidup UIA ...yeah.

Anonymous said...

iya :)